Sedang hangat orang Malaysia memperkatakan tentang percutian ke Thailand, mymuslimin.com tidak ketinggalan teruja nak terlibat sama. Belum lagi menempah percutian ke Hat Yai atau Bangkok, kita mulakan dengan makan makanan Thailand halal di Malaysia dulu.
Kali ini mymuslimin singgah di sebuah restoran di Seri Kembangan yang diberi nama Boonchai Miang Ikan Bakar. Restoran ini menyediakan makanan Thai muslim halal.

Boonchai Miang Ikan Bakar menawarkan menu setebal buku teks matematik di sekolah menengah! Namun, janganlah khuatir, mereka juga telah menyediakan set-set yang berpatutan untuk seisi keluarga daripada set keluarga kecil sehingga set keluarga besar supaya ketua keluarga tidak berpeluh memikirkan jumlah besar yang hendak dibayar.

Untuk set RM69, makan tiga orang, kita disaji dengan Ikan Siakap (pilihlah jenis masakan, kami memilih tiga rasa), tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar, ayam goreng kunyit bersayur beserta nasi. Cukup sangat kalau nafsu makannya sederhana.

Andai ingin menambah lauk, pelbagai kerabu, ikan, makanan laut dan sebagainya yang boleh ditempah mengikut selera. Lihat sahajalah facebook mereka ini.
Restoran ini dibuka sehingga 1230 pagi isnin hingga khamis, jadi lepas Isya’ juga boleh pergi tanpa perlu bergegas. Bagaimana pula dengan rasanya? Alhamdulillah, semuanya sedap dan sesuai dengan harga.
Boonchai Miang Ikan Bakar
No.16, Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Isnin-Khamis 3pm –12:30am
Jumaat 3pm – 8pm
Friday 3pm – 8pm
Sabtu 3pm – 10pm
Ahad 3pm – 12:30am
Leave a Reply