Pemakaian Pelitup Muka Di Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, A1-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin A1-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah A1-Musta’in Billah dan selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standrad (SOP) pencegahan Covid-19, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat).

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

Manakala individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka. Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: