Adam AS mahukan kedua anak lelakinya menikahi dua wanita berbeza (dan bukan kembar masing-masing). Seorang daripada mereka (Qabil) mendambakan calon isteri seorang yang lain (Habil). Dia bertegas, “Tidak, aku mahukan dia (kembarnya sendiri).
Teks Khutbah Jumaat: Dunia Tanpa Sempadan
Dunia masa kini menyaksikan kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam teknologi dan maklumat sehingga menjadikan kehidupan kita hari ini sarat dengan maklumat yang tiada sempadan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mencapai kemajuan malah sentiasa menyeru umatnya berusaha untuk mencipta kemajuan dalam setiap perkara selagi tidak melanggar batasan syariat. Namun, realiti hari ini menunjukkan kecanggihan teknologi sering disalah gunakan untuk tujuan terutama hiburan, permainan, penipuan, pergaulan bebas tanpa batasan dan pelbagai lagi perkara negatif.