22. ASMAUL HUSNA – AL-BASIT (Yang Maha Meluaskan, Melapangkan)

Asmaul Husna yang ke-22 ialah Al-Basit, lawan kepada sifat Allah SWT Al-Qabidh. Jika Al-Qabidh bererti Yang Menggenggam atau Yang Menyempitkan, maka Al-Basit pula membawa erti Tuhan Yang Maha Membuka atau Yang Melapangkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)”

(Al-Baqarah 2:245)

Jika Allah SWT yang menyempitkan rezeki seseorang, maka Dia juga yang melapangkan rezeki hamba-hamba-Nya dengan kehendak-Nya. Jika Allah SWT yang menutup pintu hati hamba-Nya daripada menerima cahaya hidayah, maka Dia yang juga membukakan hati seseorang itu untuk mendapat petunjuk-Nya dan begitulah seterusnya.

Iktibar daripada nama Allah Al-Basit apabila manusia bersyukur kepada Tuhan yang mempunyai sifat ‘membuka’ dan ‘melapangkan’. Apa akan jadi jika manusia terus disempitkan kehidupan mereka sepanjang hayat? Atau hati mereka terus ditutup oleh Tuhan daripada menerima hidayah? Tentulah amat malang.

Justeru, apabila Allah SWT telah melapangkan rezeki atau hati seseorang, seseorang itu wajar bersifat terbuka sama ada hati atau fikiran untuk menerima teguran serta pandangan. Terbuka tangan dalam erti kata tidak bakhil dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan dan sebagainya.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: