Hari Jumaat adalah hari raya bagi kaum Mukminin. Ia adalah hari mulia yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada umat ini. Pada hari ini, ada suatu saat yang tidak diketahui, dimana jika seorang Muslim yang memohom kepada Allah Ta’ala suatu hajat tepat pada waktu itu melainkan Allah akan mengabulkan hal itu buatnya. Ikuti pesanan Imam al-Ghazali mengenai adab hari Jumaat.
Teks Khutbah Jumaat: Teladan Sepanjang Zaman
Maulidurrasul disambut bagi mengenang dan mengambil pengajaran dari junjungan besar ini supaya kita dapat menanamkan kecintaan yang tinggi kepada Baginda SAW. Nabi Muhammad SAW merupakan suri teladan yang paling baik untuk diikuti, sebagai anak, suami, bapa, juga seorang ketua negara. Kita sebagai umatnya perlulah mencontohi Rasulullah SAW supaya mendapat keredhaan Allah SWT dan ganjaran dari-Nya.