Menikmati Peruvian Grilled Chicken di Kopimeo Cafe!

Dari luar, restoran ini tidaklah mengujakan. Kami mencari tempat ini kerana mendengar buah mulut orang tentang kelazatan makanannya. Melangkah masuk ke Kopimeo Cafe La Carne, ianya berkonsep santai dengan dekor minimalis. Dinding bercat putih dihiasi dengan juntaian dedaunan hijau dan pepohon pasu hijau, ditambah dengan beberapa bingkai gambar yang ringkas dan dilengkapi dengan kerusi meja kayu, ianya serta-merta memberikan suasana lapang dan terbuka kepada pelanggan. 

Dekor ringkas berkonsep santai dan terbuka

Namun, dekorasi restoran tidaklah sepenting tujuan kami datang untuk mencuba Peruvian Grilled Chicken yang diperkatakan ramai. Alhamdulillah, hidangan ini menepati jangkaan kami walaupun terpaksa menunggu sebentar kerana ayamnya perlu dibakar dahulu. 

Dihidang panas-panas, daging Peruvian Grilled Chicken (RM25) memang lembut, berempah dan berperisa! Hidangan ini datang dengan seekor ayam dara yang diperap herba Peru, kentang bakar, bawang karamel, sos putih dan secarik lemon.

Walaupun hidangan ini seekor ayam tetapi ianya ayam dara yang tidaklah besar mana dan boleh dihabiskan seorang atau berkongsi dua orang. Sos putih yang disertakan dengan ayam ini yang menyatukan hidangan ini, memang sedap rasanya! 

Separuh Peruvian Grilled Chicken

Selain hidangan ini, Kopimeo Cafe La Carne juga menawarkan hidangan pizza-pizza yang begitu lazat! Rotinya sempurna, tidak tebal atau nipis, dan lelehan kejunya begitu menyelerakan.

Sekeping pizza saiznya sederhana, boleh dimakan sehingga dua orang. Kami mencuba Classic Pepperoni (RM25), dan nah lima bintang dari kami! Selain Classic Pepperoni, anda juga boleh mencuba pizza Margherita, Mamasita, Funghi Town dan banyak lagi.

Pizza Pepperoni Klasik yang tidak mungkin mengecewakan

Antara hidangan lain yang dipaparkan di dalam menu di Kopimeo termasuklah sandwich dan burger, stik lembu, kambing bakar, stik ikan salmon, pasta dengan suntikan citarasa Malaysia seperti gulai lemak pasta, thai pasta, serta hidangan nasi.  

Selepas menikmati hidangan yang sedap-sedap, bolehlah meneruskan santai-santai dengan secawan kopi dan pemanis mulut seperti roti bakar perancis (french toast), pina colada dan roti bakar apam balik.

Kopimeo Cafe La Carne

33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B,

Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Dibuka: Isnin – Khamis (12 tengahari -7 petang)

Jumaat – Tutup

Sabtu-Ahad (830 pagi – 7 petang)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: