Stephen Leacock menulis:
Seorang budak berkata, ‘apabila aku besar nanti’. Tetapi, apakah maksudnya? Kemudian budak yang telah besar tadi berkata, ‘Apabila aku dewasa nanti.’ Dan kemudian, bila sudah dewasa, dia berkata, ‘bila aku kahwin nanti’. Tapi, apabila sudah berkahwin, apakah itu sebenarnya? Kemudian fikiran berubah kepada, ‘bila aku bersara nanti’. Apabila masa persaraan tiba, dia melihat kembali kehidupan yang dia lalui; angin dingin menyusup ke tubuhnya, dia telah menggunakan semua masa tersebut, dan kini masa telah tiada.
Kehidupan ini adalah menggunakan setiap hari dan masa yang diberi.
Begitu jugalah mereka yang sering bertangguh-tangguh untuk bertaubat. Seorang lelaki soleh berkata:
“Aku telah memberi amaran kepada kami tentang menangguhkan dan berkata aku akan buat kemudian, kerana inilah kata-kata yang menghalang seseorang daripada berbuat baik dan menyebabkan seseorang ketinggalan dalam melakukan amal kebajikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak! (bencana perbuatan mereka).”
(Al-Hijr 15:3)
Dipetik dari: Don’t Be Sad oleh Dr A’id al-Qarni
Leave a Reply