Jom Kenali Malaikat – Petugas di Alam Kubur, Munkar dan Nakir

Malaikat yang akan pergi pada si mayat ketika sudah berada di alam kubur adalah Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir. Tetapi menurut riwayat Abdullah bin Salam, sebelum Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir datang dan bertanya kepada si mayat, ada seorang malaikat yang mendahuluinya, iaitu Malaikat Rumman. 

Dijelaskan bahawa malaikat tersebut wajahnya sangat bercahaya seperti cahaya matahari. Malaikat Rumman bertugas untuk meminta si mayat menuliskan kebaikan dan keburukannya. Setelah selesai segala halnya, si mayat akan berdepan dengan Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir.

Hadis yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Anas R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya hamba yang mati apabila diletakkan dalam kuburnya dan rakan taulannya berpaling pulang darinya sedangkan ketika itu, dia masih mendengar bunyi tapak sepatu atau selipar mereka. Ketika itu datanglah dua malaikat kepadanya lantas mendudukkannya seraya bertanya apakah yang kamu katakan tentang lelaki ini yakni Muhammad SAW? Adapun orang yang beriman nescaya menjawab aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan rasul-Nya.”

Riwayat al-Bukhari (1338) dan Muslim (2870)

Berkenaan dengan sifat malaikat tersebut, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. 

Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” 

Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya.

Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.” 

Dia berkata: “Bolehkah aku kembali kepada keluargaku untuk memberi khabar kepada mereka?” 

Kedua malaikat tersebut menjawab: “Tidurlah engkau seperti tidurnya pengantin, yang tidak dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya dari kalangan keluarganya sehingga Allah membangkitkannya daripada pembaringannya itu.”

Dan sekiranya mayat tersebut adalah seorang munafik, dia berkata: “Aku mendengar orang-orang mengatakan (suatu perkataan) lalu aku pun mengatakan seperti mereka, aku tidak tahu.”
 
Kedua malaikat tersebut berkata: “Sesungguhnya kami telah mengetahui bahawa engkau akan berkata sedemikian.” 

Lalu dikatakan kepada bumi: “Himpitlah orang munafik itu.” Lalu bumi pun menghimpitnya. Maka dia terus diseksa di dalamnya sehingga Allah SWT membangkitkannya dari pembaringannya itu.”

Riwayat al-Tirmizi (1071)

Adapun sifat kedua-duanya adalah berwarna hitam, kebiru-biruan sebagaimana sabit dalam banyak hadis demikian itu. Ibn Hajar menyebut dalam Fath al-Bari satu riwayat daripada al-Tabarani dalam al-Ausat pada menyatakan sifat kedua-duanya. Katanya, mata kedua-duanya seperti cairan tembaga dan taringnya seperti duri atau tanduk lembu yang tajam, sedangkan suaranya seperti guruh.

Pendapat seumpamanya oleh Abdul Razzaq daripada Mursal Amr ibn Dinar dan ditambah dengan kedua-duanya menggali dengan menggunakan taring dan memijak pada bulu kedua-duanya. (Lihat Fath al-Bari, 3/237. Lihat juga al-Mu’jam al-Ausat, 5/44)

Sumber: Biografi Malaikat – Mendapat kesempurnaan Iman, Interaksi dan Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah SWT, Rachmat Ramadhana al-Banjari

Dalil Wujudnya Munkar dan Nakir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: