5 Kesan Buruk Ekonomi Gig 

Jabatan Statistik Malaysia melaporkan bahawa 72.1% pelajar lepasan sekolah tahun 2022 enggan menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana mereka percaya bahawa menyambung pelajaran tidak akan menjamin masa depan yang lebih cemerlang atau membuka peluang pekerjaan yang lebih baik untuk mereka. 

Sebaliknya, peluang pekerjaan ekonomi gig memberi mereka pendapatan tunai serta-merta dan masa anjal yang sesuai dengan gaya hidup orang muda. Selain memilih ekonomi gig, orang muda juga berminat membentuk diri untuk menjadi pempengaruh media sosial yang kononnya akan memberi mereka kemasyuran dan kekayaan yang diimpikan dalam masa yang singkat. 

Antara kerja ekonomi gig ialah pemandu, penghantar, pembeli peribadi, pekerja bebas (penulis copywriting, pembaca pruf), penggerak barang, pengambil kaji selidik, penyunting video dan banyak lagi. 

Keputusan yang diambil ramai remaja untuk menceburkan diri dalam ekonomi gig tidak salah. Tetapi, ianya tidak begitu matang dan tepat dalam jangkamasa panjang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar. 

Walaupun ekonomi gig tidak memerlukan kelulusan tinggi atau kemahiran tertentu daripada calon pekerjanya untuk diterima bekerja, bekerja ekonomi gig secara berterusan akan mendedahkan pekerja kepada impak negatifnya di tahun-tahun yang mendatang.  

Mymuslimin.com menyenaraikan 5 kesan buruk jangka panjang ekonomi gig kepada pekerja. 

1. Kurang Komitmen

Masalah kurang komitmen ini bukan hanya berlaku di pihak pekerja sahaja, pihak majikan juga tidak komited untuk menawarkan faedah yang baik untuk kakitangannya. Easy come, easy go, ekonomi gig membuatkan pekerja berasa tidak terikat atau mempunyai perasaan kekitaan, lantas tiada rasa kepertanggungjawaban yang tinggi terhadap jenama, atau syarikat. Di pihak syarikat juga serupa apabila tiada usaha untuk mengikat kakitangan dengan faedah menarik dan manfaat lain. Apa yang penting kepada pekerja ialah, tugasan dapat dilakukan dengan mudah dan bagi syarikat pula, tugas dapat dilaksanakan dengan kos yang paling minima

Walaupun percaturan ini nampak seperti menghasilkan situasi menang-menang, untuk jangka panjang ianya akan memberi kesan sebaliknya. Dengan kurangnya komitmen daripada pekerja, syarikat sentiasa perlu mengambil pekerja baharu kerana kadar pusing ganti pekerja yang tinggi, dan pekerja pula tidak akan ada peluang untuk maju di dalam kerjaya kerana tiada peluang perkembangan kerjaya yang tersedia. 

2. Bawa Peranti Sendiri

Ekonomi gig tidak memerlukan majikan untuk menyediakan keperluan kerja sebagaimana pekerjaan lain. Ini secara tidak langsung menambah perbelanjaan peribadi pekerja kerana individu perlu menyediakan peranti dan perkakasan untuk bekerja seperti telefon pintar, kenderaan, minyak kenderaan, komputer, makan dan sebagainya, sendiri. 

Jika difaktorkan semua perbelanjaan ketika bertugas, kerugian berpihak kepada pekerja kerana majikan tidak diperlukan untuk menawarkan elaun-elaun tambahan kepada pekerja. Ini belum termasuk kos penyelengaraan dan risiko kerosakan peralatan ketika bertugas yang tidak dilindungi oleh majikan. 

3. Tiada Caruman Untuk Masa Depan

Majikan bagi kakitangan ekonomi gig tidak dituntut oleh undang-undang untuk mencarum bagi pihak pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau SOCSO. Walaupun pekerja boleh mencarum sukarela, sumbangan dari pihak majikan tiada, dan ini akan memberi impak kepada jumlah simpanan hari tua mereka. 

Apabila pekerja ekonomi gig semakin meningkat usia, masalah ini akan menjadi lebih ketara kerana faktor umur, kesihatan, dan komitmen keluarga akan menjadikan mereka tidak mampan untuk cergas dalam ekonomi gig. Sekiranya tiada persiapan lain untuk menghadapi persaraan, masalah besar akan timbul 30-40 tahun akan datang kepada generasi ini. 

4. Tiada Aktiviti Sosial

Ekonomi gig tidak menyediakan ruang kerja atau pejabat untuk kakitangan bersosial dan membina kumpulan sokongan sesama mereka. Semua pekerja ekonomi gig bekerja secara silo dan tidak memerlukan kerjasama atau mengenali pekerja lain

Dengan tiadanya ruang dan peluang untuk bersosial dan bekerjasama, pekerja akan mengalami pengasingan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan memberi kesan yang negatif kepada pekerja. 

5. Berisiko Tinggi

Pekerja ekonomi gig seperti pekerja penghantar berada di jalanraya untuk jangkamasa yang lama setiap hari. Ini mendedahkan mereka kepada beberapa risiko yang membahayakan seperti kemalangan jalanraya, penyakit akibat pendedahan kepada matahari, hujan dan pencemaran, penyakit akibat duduk di atas kenderaan berjam-jam sehari, risiko disamun dan sebagainya. 

Kesihatan mental juga menjadi risiko kepada pekerja ekonomi gig kerana pendapatan yang tidak konsisten dan tekanan kerja yang tidak dapat dikongsi dengan rakan sekerja atau dibincangkan dengan jabatan HR. Tambahan, syarikat tidak menawarkan sebarang insuran atau perlindungan kesihatan kepada pekerja gig mereka. 

Ekonomi gig secara permukaannya kelihatan mudah, menyediakan duit segera tanpa memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Tetapi, pekerjaan ini tidak boleh dilihat sebagai jaminan masa depan. Generasi muda perlu kembali kepada ilmu dan kemahiran untuk merencanakan masa depan yang lebih baik. Bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 

Sumber: Study why teens don’t want to pursue studies

One thought on “5 Kesan Buruk Ekonomi Gig 

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: