Asmaul Husna yang ke-27 ialah As-Sami’ yang bererti Tuhan Yang Maha Mendengar. Tiada bisikan atau suara rintihan dalam hati manusia melainkan didengari oleh Allah SWT. Jika berlaku pakatan jahat antara dua manusia di tempat yang tersembunyi, nescaya Allah SWT adalah pihak ketiga yang mendengar segala rancangan jahat itu.
Justeru itu, jangan sekali-kali berdetik di sudut hati kata-kata yang bercanggah dengan syariat Allah SWT. Jangan sekali-kali dituruti bisikan hati itu. Walau bagaimana sulit dan peribadi sekalipun, sesungguhnya Tuhan itu adalah As-Sami’ iaitu Maha Mendengar.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply