Rawat Hati dengan Taubat

Ibn al-Qayyim رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ berkata, “Seorang insan perlu menghabiskan sejam sebelum tidur untuk Allah, mempertanggungjawabkan jiwanya: apa kerugian yang telah dialami hari ini dan apa keuntungan yang telah diraih. Kemudian, dia perlu memohon keampunan di hadapan Allah SWT dan tertidur dalam keadaan sedang bertaubat. Ini perlu dilakukan setiap malam.”

Taubat adalah di antara pelembut hati utama yang boleh dilakukan oleh seorang hamba Allah apabila ingin melembutkan hati mereka dan mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Kesedihan dan kesepian di dalam hati selalunya ialah kesan langsung dosa-dosa yang telah dilakukan seorang hamba. Mengingati Allah, hari akhirat, dan kematian adalah penghalang kepada dosa.

Imam Al-Shafi’i رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ memberi komen: “Terdapat satu ayat di dalam Al-Qur’an setiap pendosa perlu takut mendengarnya.”

Beliau ditanya, “Ayat yang manakah itu?”

Beliau menjawab,

“Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa”

(Maryam 19:64)

Dipetik: Timeless Seeds of Advice, B.B. Abdulla

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: