28. ASMAUL HUSNA – AL-BASIR (Yang Maha Melihat)

Asmaul Husna yang ke-28 ialah Al-Basir yang membawa erti Maha Melihat. Makhluk seperti manusia atau haiwan melihat dengan bantuan cahaya. Bola mata tidak akan berfungsi sekiranya alam ini gelap gelita. 

Bagi Allah SWT yang bersifat Al-Basir yang Maha Melihat, Dia bukan sahaja tidak memerlukan cahaya malah tidak menggunakan mata seperti makhluk ciptaan-Nya. 

Cahaya tidak diperlukan oleh Allah yang bersifat Al-Basir, kerana cahaya itu adalah makhluk ciptaan-Nya, mustahil Dia memerlukan bantuan makhluk. Sesungguhnya semua sifat Allah SWT yang maha sempurna terbentuk di atas zat-Nya sendiri. 

Jika seseorang itu beriman terhadap Tuhan yang bersifat Al-Basir, pasti mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Allah SWT. Sekalipun mereka melakukannya secara sulit dan penuh rahsia, tidak ada sesuatu yang menjadi rahsia di sisi Allah SWT. 

Allah SWT Maha Melihat sama ada dalam gelap mahupun terang, dalam nyata mahupun tersembunyi. Dengan beriman kepada Allah SWT yang bersifat Al-Basir, segala kemungkaran dan kejahatan akan dapat dihindari. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: