Pesanan Imam Al-Ghazali – 12 Adab-Adab Seorang Murid

Jika kamu seorang murid, maka adab yang harus dimiliki oleh seorang murid di hadapan gurunya ialah: 

  1. Memulakan ucapan hormat dan salam kepada guru.
  2. Tidak banyak berbicara di hadapannya.
  3. Tidak bercakap tentang perkara yang tidak ditanya oleh gurunya. 
  4. Tidak bertanya sebelum diberi izin.
  5. Tidak mengungkapkan sesuatu untuk menyanggah ucapannya seperti, “Si polan mengatakan perkara yang berbeza dengan apa yang kamu ungkapkan.”
  6. Tidak menunjukkan sesuatu kepada guru yang berbeza dengan pendapatnya, lalu murid menganggap dia lebih tahu perkara sebenar berbanding gurunya. 
  7. Tidak berkata-kata kepada rakannya dalam majlis gurunya. 
  8. Tidak menoleh merata tempat, tetapi dia hendaklah duduk sambil menundukkan pandangan dalam keadaan tenang dan beradab seperti berada dalam solat. 
  9. Tidak boleh banyak bertanya kepada guru ketika dalam keadaan bosan. 
  10. Jika guru berdiri, murid hendaklah berdiri menghormatinya. 
  11. Dia tidak bertanya kepada guru dalam perjalanan pulangnya hingga dia sampai ke rumah. 
  12. Tidak bersangka buruk dengan guru pada perbuatan yang zahirnya adalah mungkar di sisi murid kerana guru lebih tahu tentang hakikat perbuatan itu. Ketika itu murid hendaklah mengingati ucapan Nabi Musa AS kepada Nabi Khidir AS.

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.

(Al-Kahfi 18:71) 

Ternyata baginda sebenarnya salah dalam mengingkarinya dengan sebab bersandar kepada yang zahir sahaja. 

Sumber: Jalan Menuju Petunjuk – Panduan Menjadi Manusia Bertakwa dalam Meraih Keredaan Allah oleh Imam Al-Ghazali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: