Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah oleh kamu semua ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan memudarkan cahaya di wajah (kewibawaan).” [HR Al-Baihaqi]
Waktu-Waktu yang Digalakkan bagi Membaca Al-Quran
Keutamaan membaca Al-Quran adalah bacaan dalam solat. Menurut mazhab Syafi’i dan selain daripadanya, berdiri dalam tempoh yang panjang dalam solat lebih utama daripada memanjangkan sujud dan selain daripadanya.