Roti Bun Bakar Kaya Mentega Sedap Sangat di Original Kluang Rail Coffee, Kluang

Oleh: Mymuslimin.com

Kerana Roti Bun Bakar Kaya Mentega (RM2.90) inilah, kami sanggup memandu lebih 250km untuk bersarapan di The Original Kluang Rail Coffee di Kluang, Johor. Mengapa roti bun bakar ini istimewa? Bukan sahaja roti bun ini dibakar sempurna dengan sedikit kehangusan di tepi-tepi bun, mentega di tengahnya juga diletak tebal dan kemudiannya ditambah dengan selapisan kaya manis bersari! Menikmati bun bakar ini memberi kepuasan yang luarbiasa, bibir tersenyum sampai ke telinga! 

Ringkas tetapi memuaskan!

Sapuan di tengah bun ini defaultnya ialah kaya dan mentega tetapi anda juga boleh memilih 2 daripada 4 pilihan sapuan untuk dicampur padan, iaitu kaya, mentega, marjerin dan gula. Selain roti bun, Kluang Rail Coffee juga menawarkan roti keping, roti bun gandum, roti pita dan pau yang distim dengan pelbagai jenis sapuan dan inti.

Selain roti bakar dan telur separuh masak yang digemari ramai, restoran ini juga menyediakan menu sarapan yang berat seperti Mi Wantan (RM6.50), Nasi Lemak Bungkus (RM1.50), Mi Siam Bungkus (RM1.50), Mi Goreng (RM1.50), Laksa Johor (RM6.50) dan Law Xu Fen Kering (Laksa Pendek) (RM5.90). Rambang mata dibuatnya, terutama jika perut tengah lapar kerana perjalanan yang jauh! 

Laksa Pendek atau Law Xu Fen Kering ini bertambah sedap dengan cili potong!

The Original Kluang Rail Coffee, Kluang yang terletak di stesyen KTM lama di Jalan Station Kluang ini memberi suasana vintaj yang tidak dapat dinikmati di cawangan lain restoran ini. Walaupun tiada keretapi melintas di tepi restoran, ramai juga penumpang KTM yang melintasi stesen ini untuk ke balai berlepas di stesen baru.

Ruang makan di dalam restoran mempunyai tempat duduk terhad, tetapi disediakan juga ruang makan di tepi kiri luar restoran. Kalau berkunjung di hujung minggu, tentulah terpaksa beratur panjang. Namun, tidak mengapa kerana makanannya sedap! 

The Original Kluang Rail Coffee, KTM (Kluang Rail Coffee)

KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor

Selasa-Ahad – 7 pagi hingga 6 petang

Isnin – Tutup

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: