Oleh: Mymuslimin.com
Hidangan Kacang Pool ini merupakan hidangan sarapan unik negeri Johor. Tetapi sejarahnya tidak bermula di negeri ini. Sebaliknya Kacang Pool merupakan makanan Timur Tengah yang dikenali sebagai Ful medames, atau Fūl. Fūl merupakan hidangan kacang parang yang dimasak dengan minyak sayuran, jintan, pasli cincang, bawang putih, bawang, jus lemon, cili dan sayur-sayuran, herba dan rempah bahan-bahan. Ia merupakan makanan makanan ruji di Mesir dan dimakan bersama roti pita.
Hidangan Fūl kemudiannya menggembara ke banyak negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, Syria, Palestin, Jordan, Yaman, Somalia dan merantau ke Afrika juga di mana Fūl telah diubaisuai sedikit mengikut bahan-bahan yang terdapat di negara masing-masing dan dalam menepati citarasa penduduk tempatan.

Tiba di Malaysia, hidangan Fūl dimasak pula menggunakan minyak sapi sebagai ganti minyak sayuran serta ditambah daging cincang, kacang merah dan kacang panggang, dimakan dengan telur kuning separuh masak, taburan cili hijau dan bawang merah racik serta sedikit perahan jus limau kasturi di atas sekeping roti tebal yang dibakar sempurna. Tidak lagi bernama Fūl, orang Johor menggelarnya sebagai kacang pool dan disebut sebagai Pol seperti Gol.
Kacang Pool Haji yang bertempat di Jalan Sabar menyediakan hidangan Kacang Pool yang lazat dan memuaskan! Lihat sahaja roti tebalnya yang dipanggang kuning keemasan, dicolek dengan Kacang Pool kaya dengan daging, sememangnya hidangan sarapan yang menyelerakan!
Kacang Pool Haji menyediakan dua jenis Kacang Pool dengan harga yang berbeza. Kacang Pool Daging dijual dengan harga RM6, manakala Kacang Pool Kambing RM10. Dua-dua pun memuaskan!

Jika hendak mencuba hidangan lain di Kacang Pool Haji, mereka juga menawarkan sarapan Johor lain seperti Lontong Basah (Nasi Impit dengan Kuah Lodeh), Lontong Kering, Nasi Lemak, Mi Siam, Soto, Mi Goreng dan sebagainya. Mi Rebus di sini juga sangat berperisa cuma sedikit pedas berbanding mi rebus yang biasa kita makan. Namun, sekali rasa, memang teringat-ingat dibuatnya!
Kacang Pool Haji
Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Dibuka 7 pagi -11 malam setiap hari
Leave a Reply