6 Penyebab Rosaknya Hati

Imam Hasan Al-Basri menyebut tentang perkara-perkara yang merosakkan hati:

“Sesungguhnya hati yang rosak disebabkan 6 perkara:

  1. Sengaja melakukan dosa dengan harapan kelak taubatnya akan diterima. 
  2. Mempunyai ilmu, namun tidak mahu mengamalkannya. 
  3. Beramal, namun tidak ikhlas.
  4. Memakan rezeki Allah, tetapi tidak mensyukurinya.
  5. Tidak reda dengan pemberian Allah. 
  6. Mengebumikan jenazah, namun tidak mahu mengambil pelajaran daripada kematian mereka.”

Apabila seseorang telah melakukan ibadah tanpa didasari oleh niat yang ikhlas, bererti dia belum jujur dalam beribadah. Kejujuran ibarat pokok, keikhlasan ialah cabangnya.

Mengenai ikhlas, Imam Ahmad bin Hanbal selalu memanjatkan doa berikut yang bermaksud:

“Wahai Zat yang membimbing orang-orang bingung, tunjukkanlah aku ke jalan orang-orang yang benar dan masukkanlah aku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang ikhlas dalam beramal.”

Imam Ahmad bin Hanbal

Adapun syukur yang dimaksudkan pada perkara keempat ialah mensyukuri nikmat-nikmat Allah SWT dengan menggunakan semua anggota badan dan untuk melakukan perkara-perkara yang diredai-Nya. 

Adapun yang berkaitan dengan masalah kematian, yakni pada perkara yang keenam, telah dijelaskan dalam banyak hadis daripada Rasulullah SAW.

Diantaranya ialah sabda Baginda SAW:

“Sesungguhnya kubur itu persinggahan pertama menuju ke akhirat. Jika seseorang selamat dari seksa kubur, pada persinggahan-persinggahan yang berikutnya akan berjalan dengan lebih lancar. Namun, jika tidak selamat dari seksa kubur pada persinggahan-persinggahan berikutnya akan terasa lebih berat.”

(HR At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Di dalam hadis yang lain, Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kematian itu mengejutkan. Oleh sebab itu, apabila di antara kami mendengar berita tentang kematian saudaranya, hendaklah mengucapkan  إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ yang bererti “Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepadanya. — Hanya kepada Tuhan kami, kami pulang.” Ya Allah, catat dia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang berbuat baik dan jadikanlah catatan amalnya pada Illiyin dan berilah penggantinya bagi orang-orang yang masih hidup. Ya Allah, Engkau janganlah halang kamu dari pahala mendoakannya dan Engkau jangan pula timpakan cubaan kepada kami yang ditinggalkannya.”

(HR Al-Tirmizi)

“Barang siapa yang mendengar kematian seorang muslim, lalu dia mendoakannya dengan kebaikan, maka Allah akan mencatat baginya pahala yang sama dengan orang yang menziarahinya semasa hidup dan menghantarkan jenazahnya.”

(HR. Ad-Daruquthni)

Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi al-Bantani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: