Asmaul Husna yang ke-32 ialah Al-Khabiir yang bermaksud Yang Maha Mengetahui, maksudnya hampir sama dengan Al-’Aliim. Seluruh alam adalah ciptaan Allah SWT, yang bergerak ataupun yang diam, yang terang ataupun yang gelap, yang bernyawa ataupun yang beku-kaku, semuanya itu adalah dalam pengetahuan-Nya. Seluruh pengetahuan Allah SWT ideal dengan nama-Nya Al-Khabiir.
Sebagai hamba Allah, hendaklah kita mengambil contoh daripada sifat Allah SWT yang bernama Al-Khabiir. Jangan sampai kejahilan terus mencengkam diri, terutama mengenai segala yang berkaitan dengan agama Allah SWT (Islam). Bukan sahaja ilmu agama dari cabang akidah, fikah, qawa’id Lughah ‘Arabiyyah dan sebagainya. Bahkan tidak dinafikan ilmu-ilmu semasa yang sama pentingnya seperti ilmu kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi, pertanian, kaji hayat, astronomi dan seumpamanya.
Ilmu-ilmu seperti itu sedang pesat dikaji dan wajar dikuasai oleh orang-orang mukmin. Lantaran bumi ini sepatutnya dikuasai dan dimakmurkan oleh hamba-hamba Allah SWT yang soleh.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply