10 Perkara Yang Dibenci oleh Allah SWT

Ada sebahagian hukama mengatakan yang bermaksud:

“Sepuluh perkara yang dibenci oleh Allah yang lahir dari sepuluh jenis orang iaitu:

  1. Sifat bakhil yang lahir dari orang kaya.
  2. Kesombongan yang lahir dari orang fakir.
  3. Ketamakan yang lahir dari ulama.
  4. Kurangnya rasa malu dari kaum perempuan. 
  5. Cinta dunia yang lahir dari orang yang lanjut usia.
  6. Kemalasan yang lahir dari orang muda. 
  7. Kezaliman yang lahir dari penguasa.
  8. Sifat pengecut yang lahir dari pasukan perang. 
  9. Sifat ujub (bangga diri) yang lahir dari orang zuhud. 
  10. Sifat riak yang lahir dari para ahli ibadah.’”

Berikut ini ialah hadis dan perkataan para hukama tentang kesemua perkara di atas. 

Tentang bakhil: Ada sebahagian para hukama berkata: “Bakhil boleh menghilangkan sifat kemanusiaan dan meneguhkan sifat kebinatangan.”

Mengenai kerakusan ulama dapat dihubungkan dengan kisah yang terjadi antara Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS. Nabi Khidir AS mengajak Nabi Musa untuk menghancurkan rumah yang tidak berpenghuni. 

Padahal mereka berdua didera oleh kelaparan dan dahaga yang sangat mencengkam. Nabi Musa pun berkata: “Jika kamu menghendaki, kamu boleh meminta upah untuk kerja ini. Nabi Khidir menjawab, ‘Saat inilah, tibanya perpisahan antara aku dengan kamu.’”

Semasa terjadi dialog yang mengandungi unsur tamak di atas, datanglah seekor kijang kepada mereka. Bahagian tubuh kijang yang ada di dekat Nabi Musa mentah, tetapi bahagian tubuh yang dekat dengan Nabi Khidir masak.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah orang-orang’ dialah orang orang yang paling celaka di antara mereka.”

(HR Muslim)

Larangan ini ditujukan kepada orang yang mengucapkan kalimah tersebut dengan kesombongan dirinya dan memandang rendah orang lain. Ini adalah kerana yang dilarang oleh Allah SWT. Adapun jika kalimah tersebut diucapkan atas dasar rasa sedih kerana melihat keadaan nyata masyarakat yang penuh dengan kekurangan dalam urusan agama, maka perkara tersebut dibolehkan. Demikianlah para ulama mentafsirkan hadis tadi. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang tidak memiliki rasa malu, maka tidak ada agama baginya. Barang siapa yang tidak memiliki rasa malu, di dunia, maka dia tidak akan masuk syurga.”

(HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang membuat senang penguasa dengan sesuatu yang dibenci oleh Tuhan-Nya, bererti dia telah keluar dari agama Allah.”

(HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang memuji dirinya atas amal soleh yang telah dikerjakannya, maka sungguh telah sesat rasa syukurnya dan telah sia-sia amalnya.”

(HR Abu Nu’aim)

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang memakai pakaian dengan niat untuk membanggakannya, hingga orang ramai melihat dan memerhatikannya, maka pada hari kiamat kelak, Allah SWT tidak akan memerhatikannya hingga dia mahu menanggalkan pakaian tersebut.”

(HR At-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh celaka anak Adam tersebut, bagaimanakah dia boleh bersikap sombong begitu, padahal kelak dia hanyalah bangkai yang mengganggu orang yang melintas dengan bau busuknya. Anak Adam diciptakan dari tanah dan akan kembali kepada tanah juga.”

(HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu janganlah mencampur-adukkan ketaatan kepada Allah dengan kecintaan terhadap pujian manusia sebab pajala amal perbuatan kamu akan hilang.”

(HR. Ad-Dailami)

Jika ada orang yang memuji amal perbuatan kita, tetapi kita tidak mengharapkannya. Ini kerana tidak termasuk perbuatan riak sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Dzar. 

Dia berkata: “Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Apa pendapat kamu tentang orang yang melakukan amal kebaikan, lalu (tanpa diharapkan) orang ramai memujinya? Baginda SAW menjawab,

“Itulah berita gembira yang disegerakan (di dunia) bagi orang mukmin.”

(HR Muslim)

Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: