3 Jawapan Hatim Al-Asham Terhadap Syaitan

Hatim Al-Asham berkata yang maksudnya: 

“Setiap pagi syaitan selalu bertanya kepadaku mengenai tiga perkara:

  1. Apakah yang engkau makan?
  2. Apakah yang engkau pakai?
  3. Di manakah tempat tinggal kamu?

Aku pun menjawab:

  1. ‘Yang akan aku makan ialah (pahitnya) kematian. 
  2. Yang akan aku pakai ialah kain kapan. 
  3. Tempat tinggalku adakah kubur. 

Setelah mendengar jawapan tersebut, syaitan pun lari menjauhiku.’”

Hatim Al-Asham nama penuhnya ialah Abu Abdurrahman Hatim bin Ulwan. Dia juga sering dikenali sebagai Hatim bin Yusuf, seorang ulama yang terkenal di dalam bidang tasawuf di wilayah Khurasan.

Diriwayatkan bahawa beliau juga digelar sebagai al-Asham (si tuli) kerana kisah berikut: 

Pada suatu ketika, ada seorang perempuan datang menemui Hatim untuk bertanyakan tentang satu masalah. Tiba-tiba perempuan tersebut terkentut sehingga wajahnya merah kerana menahan malu. 

Untuk menutup perasaan malu tersebut, Hatim berkata: “Kuatkanlah suaramu!” Mulai saat itu, Hatim berpura-pura tuli, tidak mendengar ucapan tetamunya dengan jelas. 

Setelah mengetahui tentang perkara tersebut, perempuan tadi berasa senang dan hilanglah malunya kerana dia yakin bahawa Hatim tidak mendengar kentutnya. 

Setelah kejadian itu, perempuan tersebut pun menyebarkan bahawa Hatim tuli sehingga beliau masyhur dengan nama Hatim Al-Asham (si tuli). 

Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syed Nawani Al-Bantani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: