Adakah Kita Insan Yang Bertakwa?

“Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat. Ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.”

Imam Syafi’i

Takwa Sebagai Identiti Muslim

Takwa adalah lambang Muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah SWT. Dalam Al-Quran dan hadis, sifat takwa kerap dikaitkan sebagai antara sifat Mukmin yang berjaya dan berbahagia di akhirat kelak.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Bertakwalah kamu di mana sahaja kamu berada. Iringi setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu, dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak terpuji.”

(HR At-Tirmidzi)

Berdasarkan nas itu dapat disimpulkam, takwa adalah sifat yang mendasari mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Ia tidak dapat dipisahkan daripada setiap detik kehidupan mukmin. 

Malah, takwa adalah lambang ketebalan iman dan simbol keteguhan Islam yang terpahat dalam hati seorang muslim. 

Walaupun begitu, terdapat umat Islam yang belum memahami pengertian sebenar dan kepentingan takwa dalam kehidupan ummah. Nabi Muhammad SAW mendefinisikan takwa dalam hadis Baginda SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyebut kalimah ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah’ dengan ikhlas, pasti dia akan dapat masuk syurga. Kemudian Baginda ditanya, ‘Apakah maksud ikhlas itu?’ Baginda menjawab, ‘Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.’”

(At-Tarbrani)

Ringkasnya takwa mengikut pengertian Al-Quran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardhukan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala yang diharamkan. Ini adalah pengertian umum takwa yang sekurang-kurangnya perlu diketahui dan dihayati oleh umat Islam supaya dapat dilaksana dan diterjemahkan dalam kehidupan. Ibnu Abbas pernah menyatakan:

“Orang yang bertakwa itu adalah mereka yang beringat kepada seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintah-Nya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya. Sebaliknya melaksakan perintah-Nya dengan pernuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmat dan keredhaa-Nya dalam semua urusan yang diperintahkan oleh-Nya.”

(Ibnu Abbas RA)

Takwa Adalah Ilmu Pengurusan Diri

Pada masa lain, Saidina Umar bin Al-Khattab RA pernah bertanya kepada Ubay bin Kaab berkenaan pengertian takwa. Ubay pun mengemukakan soalan kepada Umar, “Adakah tuan pernah melalui jalan yang penuh duri?”

Saidina Umar RA berkata, “Tidak pernah.”

Lalu Ubay memberikan penjelasan dengan berkata, “Sudah tentu kita akan mengelakkan diri kita daripada terpijak duri apabila melalui jalan itu. Begitulah makna takwa dengan kita mengelakkan diri daripada melampaui batasan Allah.”

Saidina Ali bin Abu Talib RA pula memberikan tafsiran yang begitu menarik berkenaan takwa, iaitu:

“Takutlah kepada Allah SWT semata-mata. Beramal serta beristiqamah dengan segala perintah-Nya. Redha dan berasa cukup dengan keadaan yang sedikit. Bersiap sedia pada setiap masa bagi menghadapi hari mati.”

(Saidina Ali bin Abu Talib RA)

Ringkasnya, definisi itu merangkumkan empat sifat utama yang melayakkan muslim sebagai hamba yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Oleh itu kita dapat menyimpulkan, takwa itu lebih kepada  pemantapan dan pengukuhan akidah ataupun ilmu pengurusan diri kepada Allah SWT semata-mata, istiqamah, dan iltizam dalam menjunjung segala titah perintah-Nya.

Sumber: 30 Wasiat Imam Syafi’i oleh Khairul Ghazali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: