Jom Kenali Malaikat – Malaikat Ridhwan, Pengurus Syurga

Malaikat Ridhwan AS bertugas sebagai koordinator para malaikat menguruskan syurga dan juga bertugas dalam menyambut para ahli syurga dengan lembut penuh keramahan. 

Ibnu Abbas RA berkata,

“Bahawasanya syurga itu mempunyai 8 pintu dari emas yang dihiasi dengan berbagai permata. 

Pada pintu pertama tertulis kalimat: “La ilaha illallah Muhammadur rasulullah. (لا إله إلا الله محمد رسول الله) Itulah pintu untuk para nabi, rasul, syuhada’ dan orang dermawan. 

Pintu kedua diperuntukkan bagi orang yang menunaikan solat menyempurnakan wuduk’ dan rukun solat. 

Pintu ketiga untuk orang yang mengeluarkan zakat dengan kerelaannya sendiri (hati yang bersih). 

Pintu keempat untuk orang yang memerintahkan kebaikan dan menjauhi perbuatan munkar. 

Pintu kelima untuk orang yang memelihara syahwat mereka dan mencegah dari nafsu yang buruk. 

Pintu keenam untuk orang yang menunaikan haji dan umrah. 

Pintu ketujuh untuk orang yang berjihad. 

Pintu kelapan untuk orang bertakwa, iaitu orang yang memejamkan pandangan mereka dari perbuatan dan sesuatu yang haram, melakukan kebaikan, berakhlak mulia pada kedua ibu bapa, menyambung tali silaturrahim (kasih sayang) dan sebagainya.”

Adapun orang yang berpuasa dengan penuh iman dan kerana Allah, bagi mereka disediakan pintu masuk khusus yang dinamakan “Ar-Rayyan”, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang disebut ‘ar-Rayyan’, masuk padanya orang yang berpuasa pada Hari Kiamat. Tidaklah dapat masuk melalui pintu itu kecuali orang yang berpuasa. Mereka dipanggil oleh penjaganya: ‘Di manakah orang yang berpuasa?’ Maka serentak mereka berdiri dan tidak seorang pun dapat memasukinya selain mereka sahaja. Apabila telah masuk, lalu ditutuplah sehingga tidak seorang pun yang masuk melalui pintu itu.”

(HR Bukhari dan Muslim)

2. Malaikat yang Memberi Salam Kepada Semua Ahli Syurga dan Menyambut Mereka dengan Ramah

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; – (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.”

(Ar-Ra’d 13:23-24) 

“Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata: “Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu”.”

(Al-Anbiya’ 21:103)

Sumber: Biografi Malaikat – Mendapat kesempurnaan Iman, Interaksi dan Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah SWT, Rachmat Ramadhana al-Banjari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: