33. ASMAUL HUSNA – AL-HALIIM (Yang Maha Lemah Lembut)

Asmaul Husna yang ke-33 ialah Al-Haliim yang bermaksud Tuhan Yang Maha Lemah Lembut ataupun Tuhan yang tidak cepat marah walaupun pelbagai kejahatan dan kemungkinan telah dilakukan oleh hamba-Nya. Malah terdapat manusia yang mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang tidak selayaknya. Namun Allah SWT yang bersifat Al-Haliim tetap lemah lembut dan tidak lekas memuncak kemurkaan-Nya. Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku”

(HR Bukhari dan Muslim)

Kalau dilihat kepada perangai manusia, semakin hari semakin ramai yang berkelakuan tidak senonoh dengan berkelakuan keji yang terkutuk. Sepatutnya setiap saat Allah SWT menurunkan pelbagai bala bencana di serata dunia. Namun, oleh kerana Dia bersifat Al-Haliim, maka Dia tidak cepat marah atas kemungkaran yang dilakukan hamba terhadap-Nya. 

Iktibar yang boleh diambil oleh orang mukmin daripada sifat Allah SWT itu sekiranya berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan berperangai buruk, maka hendaklah menghadapinya dengan tenang dan berlapang dada. Jangan lekas melenting. Lemah-lembut dan tidak mudah marah bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya ia suatu cara atau kaedah bagi mendepani ragam manusia. Lantaran itu, segala tujuan yang murni dapat dilaksanakan dengan berkat ketenangan menghadapinya. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: