Tiga Perkara Dunia Yang Disenangi oleh Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tiga perkara daripada kenikmatan dunia dititahkan kepadaku iaitu:

Wangian

Perempuan (para isteri)

Ketenangan hati dalam solat.”

(Riwayat Imam Ahmad (12293))

Pada suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat. Tiba-tiba Abu Bakkar As-Siddiq RA berkata: “Betul kata-kata engkau wahai Rasulullah, aku pun menyukai tiga perkara yang lain, iaitu melihat wajahmu, menafkahkan hartaku sesuai dengan perintahmu dan puteriku yang kini sudah menjadi isterimu yang sah.”

Lantas Umar bin Al-Khattab RA berkata: “Betul kata-kata engkau wahai Abu Bakar, aku pun menyukai dengan tiga perkara yang lain, iaitu mengajak kepada kebaikan (amar makruf), mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan berpakaian sederhana.”

Uthman bin Affan RA pun menyambung: “Betul kata-kata engkau wahai Umar, aku pun menyukai tiga perkara yang lain, iaitu membuat kenyang orang yang sedang dalam keadaan lapar, memberi pakaian kepada orang yang sedang telanjang dan membaca Al-Quran.”

Tidak ketinggalan juga, Ali bin Abu Talib berkata: “Betul kata-kata engkau wahai Uthman, aku pun menyukai tiga perkara iaitu melayan tetamu, berpuasa ketika musim panas dan menghunuskan pedang kepada musuh.”

Ketika mereka semua sedang bercakap seperti itu, tiba-tiba Jibril AS datang dan berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Setelah mendengar percakapan kamu. Allah SWT mengutusku dan memerintahkan kepadamu wahai Rasulullah, supaya bertanya kepadaku apa yang aku cintai jika aku menjadi penduduk bumi.”

Rasulullah SAW pun bertanya: “Apakah yang engkau suka hati Jibril, jika engkau menjadi penduduk bumi?”

Jibril AS menjawab: “Memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat, menemani orang-orang yang taat kepada Allah dan menolong keluarga yang fakir miskin.”

Kemudian Jibril AS berkata: “Allah SWT mencintai tiga perkara pada diri hamba-Nya, iaitu usaha gigih hamba ketika melaksanakan ketaatan, tangisan hamba menyesali maksiat yang dilakukan dan kesabaran seorang hamba ketika menghadapi kefakiran.”

Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syed Nawawi Al-Bantani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: