Hatim al-Asham rahimahullah berkata yang ertinya:
“Tergesa-gesa itu merupakan satu dari sifat syaitan, kecuali dalam lima perkara merupakan sunnah Rasulullah SAW iaitu:
- Tergesa-gesa menjamu tetamu saat dia telah sampai di rumah
- Tergesa-gesa mengurus mayat saat jelas kematiannya.
- Tergesa-gesa menikahkan anak perempuan ketika dia telah dewasa.
- Tergesa-gesa melunaskan hutang di saat telah tamat tempoh
- Tergesa-gesa bertaubat saat terlanjur melakukan dosa.”
Sehubungan dengan perkara di atas, berikut ini sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:
“Barang siapa yang memberi makanan yang disukai kepada saudaranya semuslim, maka Allah SWT akan mengharamkan dirinya masuk neraka.”
(HR Al-Baihaqi)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amri bin Al-Ash RA, Rasulullah SAW bersabda:
(HR An-Nasa’i, At-Thabrani, Al-Hakim dan Al-Bathaqi)“Barang siapa yang memberi makan kepada saudaranya berupa roti yang mengenyangkannya dan memberi minum yang menghilangkan dahaganya, maka dia akan terhindar dari neraka sejauh tujuh parit. Lebar setiap parit ialah sejauh perjalanan tujuh ratus tahun.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya balasan yang pertama kali diberikan kepada seorang mukmin sesudah kematiannya ialah diampuninya dosa semua orang yang menghantarkan jenazahnya,”
(HR Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang ahli syurga meninggal dunia, Allah SWT rasa malu untuk menyeksa orang-orang yang mengusung jenazahnya dan menyembahyangkannya.”
(HR Ad-Dailami)
Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menikahkan anak perempuannya, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memberinya mahkota raja.”
Mengenai masalah taubat, diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dalam satu majlis, sungguh kami pernah menghitung Rasulullah SAW berdoa
(رَبِّ اغْفِـرْ لي، وَتُبْ عَلَـيَّ، إِنَّكَ أَنْـتَ التَّـوّابُ الغَـفُورُ ) yang ertinya: “Ya Allah, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun.” (Sebanyak 100 kali)
(HR Ahmad, At-Tirmize dan Abu Daud)
Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply