Asmaul Husna yang ke-37 ialah Al-’Aliyyu iaitu Tuhan Yang Maha Tinggi. Yang dimaksudkan dengan Maha Tinggi itu ialah suatu ketinggian Zat Allah SWT yang tidak dapat dibayangkan oleh akal dan fikiran manusia, ilmu dan kepakaran yang dimilikinya.
Orang-orang yang beriman patut mengambil iktibar daripada sifat Allah Al-’Aliyyu, iaitu dengan meninggikan sifat-sifat yang terpuji dengan akhlak mulia dan juga melakukan kebajikan di kalangan manusia. Mudah-mudahan Allah SWT akan meninggikan kedudukannya terutamanya di akhirat. Agar mereka dapat seiring dengan para nabi, rasul, auliya dan orang-orang soleh di dalam syurga kelak.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply