Setelah 16 tahun penganjurannya, Pesta Buku Selangor kini mendapat status antarabangsa dengan nama baharu Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF).
SIBF edisi pertama ini juga akan memperkenalkan beberapa program poket seperti Peraduan Kanak-Kanak Antarabangsa Selangor serta penganjuran Anugerah Yusuf Gajah yang akan melibatkan penceramah serta penyertaan dari luar negara.
Terdapat juga banyak aktiviti menarik yang lain serta cabutan bertuah yang diadakan setiap hari.
Mari kita sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022!
Butiran seperti berikut:
Tarikh: 1 – 11 Disember 2022
Tempat: MBSA Convention Centre, Shah Alam
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/selangorinternationalbookfair

Leave a Reply