Dibawa khas dari Kuwait untuk rakyat Malaysia, Sheikh Misyari Rashed Alafasy sekarang berada di Malaysia.
Sheikh merupakan seorang Qari dunia yang mempunyai suara yang merdu ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran dan sangat dikenali oleh semua pencinta Al-Quran di seluruh dunia.
Sheikh akan mengimami solat fardu di beberapa tempat seperti berikut:
🟩 Khamis | 1 Disember 2022 – Solat Isyak di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
🟩 Jumaat | 2 Disember 2022 – Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan
🟩 Ahad | 4 Disember 2022 – Solat Isyak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Bukan senang untuk kita nak hadirkan seorang Ulama Al-Quran bersama kita, dan kali ini Malaysia terpilih menerima kunjungan Qari besar dunia. Alhamdulillah.
Jangan lepaskan peluang ini, Mari bersama-sama kita mengajak seluruh keluarga menyertai Sheikh di masjid-masjid yang dinyatakan di atas.
Leave a Reply