Ada sebahagian hukama mengatakan:
“Ada empat perkara yang buruk, tetapi empat perkara lain jauh lebih buruk iaitu:
1. ‘Anak muda melakukan perbuatan dosa itu buruk, tetapi lebih buruk lagi jika dilakukan oleh orang yang sudah lanjut usia.
2. Orang bodoh sibuk mengurus dunia itu buruk, tetapi lebih buruk lagi jika dilakukan oleh orang alim.
3. Orang awam malas menjalankan ketaatan itu buruk, tetapi lebih buruk lagi jika dilakukan oleh para ulama dan para pelajar agama.
4. Orang kaya takbur itu buruk, tetapi lebih buruk lagi jika dilakukan oleh orang miskin.”
Berkaitan dengan perkara yang kedua di atas Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang bertambah ilmunya, namun tidak bertambah kezuhudannya, maka dia akan bertambah jauh daripada Allah.”
Leave a Reply