Asmaul-Husna yang ke-39 ialah Al-Hafidz yang bermaksud Tuhan Yang Maha Pemelihara. Allah SWT memelihara sekalian makhluk-Nya dan alam maya ini daripada segala kebinasaan, sehingga Allah SWT menetapkan sebaliknya.
Allah SWT juga memelihara amalan manusia sama ada amal yang soleh atau amal kejahatan, sehingga tiada sedikitpun yang disia-siakan. Oleh kerana amalan hamba dicatat, hingga manusia dapat melihat sendiri amal kebaikannya walau sebesar debu dan juga amal kejahatannya walau sebesar habuk. Mereka akan menerima pembalasan yang sejajar dengan amalan mereka.
Amal baik dibalas dengan kesenangan syurga dan amal jahat akan dibalas dengan azab neraka. Orang mukmin sewajarnya mengambil pengajaran daripada sifat Allah SWT yang Maha Pemelihara, iaitu dengan memelihara amal kebajikan mereka supaya tidak dicacatkan dengan sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub, takbur dan seumpamanya Sesungguhnya memelihara amalan daripada kecacatan adalah kewajiban bagi orang-orang yang inginkan kesejahteraan di akhirat kelak.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply