Dua Perbuatan Yang Tercela 

1. “Kufur nikmat adalah perbuatan yang tercela.

2. Bergaul dengan orang bodoh adalah perbuatan yang hina.”

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani daripada Basyir, Nabi SAW pernah bersabda:

“Putuskanlah persahabatan dengan orang bodoh*,” kerana sifat itu cepat sekali menular dan dikhuatiri sifat orang bodoh menular kepada kamu. Oleh itu, kamu janganlah berkawan dengan orang yang bodoh kerana sifatnya yang buruk.

Dalam hadis yang lain, At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

“Ada dua perkara yang sesiapa sahaja yang memilikinya, Allah akan mencatatnya sebagai orang yang pandai bersyukur dan penyabar dan sesiapa yang tidak memiliki kedua-duanya, Allah tidak mencatatnya sebagai orang yang pandai bersyukur dan penyabar iaitu, ‘Sesiapa yang mengukur agamanya dengan orang yang lebih tinggi darjatnya. Kemudian dia mengikutnya dan mengukur dunianya dengan orang yang lebih miskin daripadanya, lalu dia bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepadanya, maka Allah akan mencatat dia sebagai seorang yang pandai bersyukur dan penyabar. Dan sesiapa yang mengukur agamanya dengan orang yang lebih rendah darjatnya dan mengukur dunianya dengan orang yang lebih kaya daripadanya, lantas bersedih atas dunia yang tidak diperolehinya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang yang pandai bersyukur dan penyabar.”

(HR. At-Tirmizi)

* Orang bodoh yang dimaksudkan ialah orang yang melakukan sesuatu tidak sesuai dengan konteks dan dia sendiri sedar bahawa itu buruk untuk dilakukan.

Sumber: Nashaihul ‘Ibad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: