Ali bin Abu Talib RA berkata:
الْعِلْمُ خَيْرُ مِيرَاتٍ وَالْأَدَبُ خَيْرٌ حِرْفَةِ وَالتَّقْوَى خَيْرُ زَادٍ وَالْعِيَادَةُ خَيْرُ بِضَاعَةٍ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ خَيْرُ قَائِدِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ خَيْرُ قَرِيْنِ وَالحِلْمُ خَيْرُ وَزِيرِ وَالْقَنَاعَةُ خَيْرُ غِنى وَالتَّوْفِيْقُ خَيْرُ عَوْنِ وَالْمَوْتُ خَيْرُ مُؤَدَّبٍ
Ertinya:
1. Ilmu ialah sebaik-baik harta warisan.
2. Budi pekerti ialah sebaik-baik pekerjaan.
3. Takwa ialah sebaik-baik bekal.
4. Ibadah ialah sebaik-baik bawang bawaan.
5. Amal soleh ialah sebaik-baik penuntun.
6. Akhlak yang mulia ialah sebaik-baik teman pendamping.
7. Lemah-lembut ialah sebaik-baik penolong.
8. Sifat qana’ah ialah sebaik-baik kekayaan.
9. Taufik ialah sebaik-baik pertolongan.
10. Kematian ialah sebaik-baik pendidik.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Muliakanlah para ulama sebab mereka ialah pewaris para Nabi. Barang siapa yang memuliakan mereka, bererti dia telah memuliakan Allah SWT dan Rasul-Nya.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
(Surah An-Nahl 16: 97)
Ramai para ahli tafsir yang mengatakan bahawa hayatan thayyiban (kehidupan yang baik) di dunia ialah sifat qana’ah (rasa puas).
Sumber: Nashaihul ‘Ibad
Leave a Reply