Mengidam Nasi Kandar Saddam

Oleh: Mymuslimin.com

Penggemar nasi kandar di ibukota tentu sekali tidak asing lagi dengan restoran Nasi Kandar Saddam yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman ini. Walaupun bersaing dengan beberapa restoran nasi kandar lain berdekatan yang tidak kurang juga popularnya, Saddam menyerlah kerana lokasinya yang strategik serta rasa nasi kandar yang lazat sehingga menjilat jari. Tepat sekali slogan yang digunakan restoran ini, “Cuba Sekali Pasti Nak Lagi.”

Jika anda dari Sogo, lintas jalan dan bergerak ke arah kiri hingga ke hujung jalan. Bila jumpa barisan panjang, beraturlah. 

Apa yang menarik di Saddam ialah gabungan kuah campurnya yang mantap, tidak berat, tidak terlalu pedas, sememangnya nyaman untuk dinikmati. Pelbagai hidangan disediakan termasuk ayam Saddam, ayam goreng, daging kicap, kari ikan, sotong, telur sotong, udang dan sebagainya untuk dipilih pengunjung. 

Harga di sini juga berpatutan, lauk ayam, sejenis sayur dan secawan air berada di sekitar bawah RM15. Untuk yang mempunyai bajet lebih, sotong kelihatan menarik untuk dicuba. 

Jika berkunjung ke Saddam pada hujung minggu, pengunjung bertuah mungkin akan didendangkan dengan lagu-lagu merdu ketika menjamu selera oleh penyanyi jalanan. Namun, seperti restoran nasi kandar lain juga, barisan menunggu sentiasa panjang. Bertabahlah demi sepinggan nasi kandar suuuuur!

Restoran Nasi Kandar Saddam

239, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur

Dibuka: 7 pagi hingga 8 malam setiap hari 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: