Menikmati Stik Halal Mewah di TTDI MeatPoint 

Oleh: Mymuslimin.com

TTDI MeatPoint yang terletak di Taman Tun Dr Ismail ini merupakan restoran stik halal yang dikenali ramai di Lembah Klang. Mula dibuka 10 tahun dahulu,  restoran ini menawarkan pelbagai jenis daging halal mengikut kegemaran dan bajet para pengunjung. 

Daging seperti Wagyu, Black Angus, Angus Ribeye, Tenderloin, T-Bone, Grain Fed, kambing, ikan salmon disediakan dan terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih tahap masak daging dan sos untuk dipadankan dengan hidangan masing-masing. Daging Angus Tomahawk juga terdapat di dalam menu TTDI Meatpoint, mengikut ketersediaan. 

Daging-daging di restoran ini sudah siap dibungkus secara individu dan dilekatkan dengan tanda harga. Harga tersebut termasuk harga masak dan dua hidangan sampingan beserta sos. Harga daging-daging di sini sekitar RM73 ke atas, dan pelanggan akan diminta untuk memilih daging daripada peti sejuk yang terletak di bahagian hadapan restoran. 

Hidangan bukan stik juga ada seperti hidangan pasta carbonara, marinara, aglio olio, bolognese dan lasagna yang berharga sekitar RM35, mengikut bahan yang ingin ditambah pelanggan. 

Alhamdulillah hidangan stik di sini dimasak dengan sempurna dan sos yang dipadankan dengan stik amat lazat sekali. Terdapat 7 hidangan sos di TTDI MeatPoint sebagai pilihan iaitu sos mentega bawang putih, chimmicurri, sos lada hitam, sos daun pudina, sos English Mustard, sos Yellow Mustard dan sos cendawan. 

Walaupun lokasinya strategik, berhampiran dengan pusat membeli-belah One Utama, parkir di sini sangat terhad, dan jika ingin pergi untuk makan malam, disarankan membuat tempahan awal bagi mengelak kekecewaan.

Restoran TTDI MeatPoint ini lokasi yang sesuai untuk meraikan hari-hari istimewa, atau untuk penggemar stik menikmati daging yang dimasak sempurna.

TTDI MeatPoint

62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Dibuka setiap hari: 11 pagi – 11 malam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: