Solat Hajat dan Doa di Masjid dan Surau di Seluruh Wilayah Persekutuan Untuk Kesejahteraan Malaysia

Berdasarkan perkembangan terkini musibah banjir yang melanda negara khususnya negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid. surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat selepas solat Maghrib pada 22 Disember 2022 (Khamis) dan selepas solat Jumaat pada 23 Disember 2022 bagi memohon perlindungan Allah SWT dan keselamatan untuk negara Malaysia dari sebarang musibah.

Selain itu, masjid dan surau Jumaat di Wilayah Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan bagi mengadakan Kutipan Jumaat serta menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian melalui Skuad Musaadah agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk disampaikan kepada golongan yang terkesan,” kata Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI, melalui satu kenyataan media.

Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kcmudahan kepada semua pasukan penyelamat serta ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” tambahnya lagi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: