Ambang Gema Syukur 2022/23

Munajat & Solat Hajat bagi Keselamatan Rakyat & Negara (30 & 31 Disember 2022 dan 1 Januari 2023)

Bersempena malam Ambang Tahun Baru 2023, pihak Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur bersama rakan strategik akan mengadakan Ambang Gema Syukur 2023. Pelbagai Jualan & Pameran dibuka sepanjang 3 hari. 

Masjid Dibuka 24 Jam pada 31 Disember 2022

Pelbagai aktiviti yang menarik sesuai dilakukan bersama keluarga antaranya Klinik Al-Fatihah, Pertandingan Azan Challenge dan Tebuk Challenge. Bagi kanak-kanak pula kita ada sediakan aktitivi Mewarna, Puzzle dan Dam Ular.

Setelah selesai Solat Asar pula akan diadakan Sepak Penalti, Baling Gelung, Misteri Box dan banyak lagi. Banyak hadiah menanti anda untuk setiap penyertaan.

Bukan itu sahaja, pihak masjid juga telah menjemput asatizah yang hebat bagi segmen Forum Jamek Hawa bersama Ustazah Noni dan Ustazah Quratul Ain.

Tourism Night

Kali pertama Tour Guide (Islamic Outreach Abim Centre) akan menyantuni para pelancong di waktu malam sambil menikmati  keindahan ‘River Of Life’ dan ‘Blue Lighting’.

Doa & Munajat bagi keselamatan Rakyat & Negara

Disebelah malam pula pihak masjid telah menjemput UNIC, Imam Muda Najdi, Imam Muda Hafiz, P.U Amin dan ramai lagi, sambil bermunajat (hiburan hati), hadirin akan sajikan dengan forum bertajuk Syukur & Sabar untuk anda. 

1 Januari 2023

Pada jam 4.30 pagi pula, kita akan beriktikaf, berqiamullail khasnya solat hajat bagi hajat yang sama yang akan dipimpin oleh Imam Muda Aran. Setelah solat Subuh, beliau juga akan menyampaikan kuliah subuh yang bertajuk “Azam Tahun Baru”.

Mari kita hadir dan semarakkan Malam Tahun Baru dengan aktiviti yang bermanfaat bersama ahli keluarga kita dan yang paling penting bersama berdoa dan bermunajat demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, Naqib Masjid Jamek, Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI, ZAYAN

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: