Asmaul Husna yang ke-42 ialah Al-Jalil yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Mulia atau Tuhan Yang Maha Besar atau Tuhan Yang Maha Tinggi Martabat-Nya. Justeru, sebagai hamba Allah SWT yang Jalal, hendaklah berusaha untuk memastikan bahawa tidak ada sifat yang hina atau keji melingkari dalam diri seseorang.
Hendaklah pandai memilih kawan, jangan mendampingi orang-orang yang hina, serta jahat hati dan rosak budi. Misalnya mereka yang tidak menunaikan solat dan sering melakukan maksiat. Ini kerana, sifat- sifat buruk itu dikhuatiri akan menjadi ikutan.
Jika berdampingan dengan orang-orang yang dihormati seperti orang-orang alim dan sebagainya, mudah-mudahan dapat diteladan sifat-sifat mulia yang disukai oleh Allah SWT.
Begitu juga jika seseorang itu mendampingi Allah SWT yang bersifat Al-Jalil, maka tidak munasabah Tuhan hendak menurunkan sifat-sifat yang hina kepada hamba-Nya yang ingin mendampingi-Nya.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply