Sate Daging Sedap di Sate Yus Kajang, Selangor

Terletak di sudut taman perumahan Ramal Indah Kajang, restoran Sate Yus Kajang ini kelihatan agak berusia dengan atap dan siling yang usang serta pencahayaan yang tidak berdaya. Tetapi, kerana misi kita hari ini ialah sate, jadi kita fokus sahaja kepada satenya.

Walaupun ulasan di Google bercampur-campur tentang sate di Sate Yus Kajang, mymuslimin.com mengambil keputusan mencuba sendiri sate di sini. 

Menu menawarkan 5 jenis sate, daging (RM1.60), ayam (RM1.50), perut (RM1.80), ikan (RM1.50) dan kambing (RM2.50), tetapi nasib kami tidak secerah matahari yang menyinari apabila hanya sate daging dan ayam sahaja yang tersedia. Nasi impit dan timun dihidang sebagai sampingan dengan harga RM1.00 untuk dua biji nasi impit kecil dengan beberapa potongan timun. 

Pesanan sate kami sampai dalam masa yang singkat, panas dan menyelerakan. 

Alhamdulillah, kami bagi 5 bintang untuk sate daging di Sate Yus Kajang. Dagingnya cukup lembut, diperap sedap dengan rempah ratus sate, dan kuah satenya lebih sedap berbanding sate popular di Kajang ini, tidak perlu ditambah sambal. Ianya tidak berminyak, cukup berkacang dan sedap! Tidak pedas keterlaluan dan tidak pula hambar. Sekali gigit, terasa seperti sate dari Muo, Johor. Amat lazat sekali! Sate ayam pula kami beri sekitar 3 bintang berbanding daging. 

Selain sate, Sate Yus Kajang juga menyediakan hidangan nasi campur, nasi beriyani ayam merah, bubur, goreng-gorengan, kuih-muih dan roti canai. Kami hanya mencuba goreng keledek, goreng tempe dan kuih ketayap, semuanya tidak mengecewakan. 

Makan dua orang termasuk minuman berjumlah RM40. Jika teringin menjamu sate dan ingin mencuba sate jenama lain daripada yang biasa, bolehlah mencuba Sate Yus Kajang.

Sate Yus Kajang

Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor

8pg – 12pagi setiap hari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: