ASMAUL HUSNA – AL-MUJIB (Yang Maha Mengabulkan)

Asmaul Husna yang ke-45 ialah Al-Mujib yang bererti Tuhan Yang Maha Menyahut Seruan ataupun Tuhan Yang Memustajabkan Doa. Apabila seseorang hamba menyeru nama-Nya dalam doa atau rintihan hati mereka, ketika itu seruannya akan disahut. Rasulullah SAW memberitahu bahawa doa yang paling cepat disahut oleh Allah SWT, ialah doa orang-orang yang dizalimi kerana doa mereka itu tidak ada hijab yang menghalang antara dirinya dengan Allah SWT.

Apabila seseorang hamba itu berdoa memohon diperkenankan permintaan mereka, hendaklah mereka memperbanyakkan menyebut nama Allah SWT Ya Mujib. Berdoa bukan sekadar di bibir, sebaliknya lebih banyak di hati. Apabila hati tidak khusyuk berdoa, sebenarnya orang itu tidak memohon apa- apapun kepada-Nya. Meskipun Allah SWT bersifat Maha Memperkenankan segala permintaan, namun permintaan orang yang hatinya lalai tidak akan dilayan.

Tafsiran Lain Bagi Al-Mujib 

Dari sisi lain, al-Mujib diterjemahkan juga sebagai Tuhan yang menggerakkan hati dan bibir manusia agar berdoa. Ekoran itu, Umar bin al-Khattab ada menyebut;

“Yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa.”

Umar bin al-Khattab

Ungkapan Umar ini melambangkan satu tanggapan bahawa Umar bin al-Khattab lebih bimbang jika dia tidak berdoa, berbanding jika doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tindakan Umar ini sangat bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW;

مَنْ فُتِحَ لَهُ مِنْكُمْ بَابُ الدُّعَاءِ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ

“Barangsiapa yang dibukakan baginya pintu doa, pasti Allah akan membukakan untuknya pintu-pintu kasih sayang.”

Sunan at-Tarmizi: 3471

Ini menunjukkan, para sahabat pada zaman dahulu lebih mementingkan sikap mereka yang tidak berdoa berbanding dengan natijah doa mereka. Ini kerana mereka menginsafi betapa hak mereka adalah sekadar untuk berdoa kepada Allah SWT, sebagaimana disarankan oleh agama. Manakala, ketentuan terkabulnya doa adalah hak Allah SWT. Mereka sesekali tidak akan mempersoalkan jika doa mereka tidak dimakbulkan Allah SWT. Mereka yakin bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah ditentukan-Nya dalam mengatur kehidupan para hamba-Nya.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: