Asmaul Husna yang ke-46 ialah Al-Wasi’ yang bermaksud keluasan rahmat Allah SWT tiada batasan melimpah kepada sekalian makhluk dan seluruh alam buana. Dengan kata lain, kekuasaan, rahmat, keagungan dan segala sifat Allah SWT itu maha luas Tiada batasan yang dapat menjadi had kepada segala sifat-sifat Allah SWT. Dan segala sifat-sifat Allah SWT itu menjadi rahmat yang tiada batasan kepada seluruh makhluk tanpa ada yang terpinggir. Ilmu Allah SWT sangat menyeluruh dan meluas sehingga meliputi segala sesuatu. Manusia yang mempunyai pelbagai kepakaran di dunia ini hanya menerima sedikit sahaja daripada ilmu Allah SWT.
Orang-orang beriman sewajarnya mengambil iktibar daripada sifat Allah SWT, iaitu berusaha meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup mereka supaya segala ilmu itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan manusia umumnya. Sesungguhnya orang yang sempit ilmu pengetahuannya bererti sempit jugalah kehidupannya. Ibarat ikan yang berada di air yang cetek, pasti akan menyukarkan pergerakannya untuk berenang.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply