Hadis 40 Imam Nawawi: Etika Orang Beriman 

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ.

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.”

(Riwayat al-Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47. Lafaz Muslim)

Huraian dan Inti Sari

Kalimah Satu

Kalimah “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat” bermaksud sesiapa yang beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (dengan keimanannya itu) menyelamatkannya daripada azab Allah dan membawanya mendapatkan reda Allah.

Kalimah Dua

Kalimah “…hendaklah berkata baik atau diam” bermaksud orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancaman-ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Yang terpenting daripada semua itu adalah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badan kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badan kita.

Sebagaimana firman Allah:

إنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُل أُولَبِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا.
Maksudnya: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya kelak pasti akan diminta untuk dipertanggungjawabkan.

(Surah al-Isra’ 17:36)

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَيدٌ 
Maksudnya: Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid.

(Surah Qaf 50:18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya.”

(Riwayat at-Tirmizi no. 2616)

Pengajaran

  • Persoalan iman berkait rapat dengan kehidupan seharian.
  • Islam menyeru tindakan yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dalam kalangan individu dalam masyarakat Muslim. 
  • Termasuk dalam kesempurnaan iman ialah berkata perkataan yang baik atau diam daripada memperkatakan perkara yang tidak baik.
  • Berlebih-lebihan dalam perbicaraan boleh menimbulkan perkara yang makruh dan haram serta menyebabkan perkelahian dan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan yang lebih selamat.
  • Islam sangat menjaga agar seorang Muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap keadaan.
  • Termasuk kesempurnaan iman adalah berbuat baik dengan jiran tetangga dengan cara menghormatinya, membantunya, tidak menyakitinya dan membantu menjaga hartanya. 
  • Wajib menyuarakan pandangan dan pendapat apabila diperlukan khususnya jika bertujuan menerangkan yang haq (benar) dan berbuat amar makruf nahi mungkar.
  • Antara kemuliaan akhlak dan petanda komitmen diri terhadap syariat Islam ialah memuliakan tetamu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamunya.”

(Riwayat al-Bukhari no. 6019)

Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: