ASMAUL HUSNA  – AL-WADUD (Yang Maha Pencinta)

Asmaul Husna yang ke-48 ialah Al-Wadud yang membawa makna Tuhan Yang Maha Kasih dan Sayang kepada hamba-Nya. Manusia yang beriman memang tahu dan sedar bahawa dirinya amat dikasihi dan disayangi Allah SWT. Mereka boleh menjawabnya dan boleh membuktikan kasih sayang Allah SWT itu.

Barangkali ada orang bertanya, kalau Allah SWT bersifat Maha Kasih dan Sayang kepada hamba-Nya, maka apakah perlunya Allah SWT mengadakan neraka? Sedangkan neraka itu adalah untuk mengazab hamba-hamba-Nya. Ini membuktikan neraka juga adalah salah satu di antara tanda kemarahan Allah SWT kepada hamba-Nya.

Tidakkah mencukupi dijadikan syurga yang dapat membuktikan kasih sayang-Nya?

Sesungguhnya dalam keadaan apapun Allah SWT tetap Maha Pengasih dan Sayang terhadap hamba-Nya. Dia datangkan agama Islam dan juga rasul-Nya untuk memimpin manusia. Faedah daripada kurniaan itu semata-mata untuk kebaikan manusia. Apabila di kalangan manusia menolak anugerah yang sangat bernilai, ertinya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri. Neraka yang Allah SWT ciptakan buat manusia yang telah menzalimi diri mereka sendiri.

Iktibar daripada sifat Allah SWT Al-Wadud iaitu Maha Kasih dan Sayang terhadap hamba-Nya, maka begitu juga sebaliknya manusia mestilah menyayangi Allah SWT. Seperti kata pepatah Melayu: “Orang berbudi kita berbahasa.” Orang yang tidak tahu mengenang budi dipanggil sebagai ‘tak reti bahasa.” Apabila seseorang itu menyayangi Allah SWT, tidak bererti dia tidak boleh menyayangi selain daripada-Nya. 

Menyayangi Allah SWT wajib melebihi makhluk dan seisi alamnya. Dia boleh menyayangi apa-apa yang disayang Allah SWT. Apabila dia menyayangi sesuatu sehingga menyebabkan Allah SWT murka, bererti dia tidak sayang kepada-Nya.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    Create a free website or blog at WordPress.com.

    Up ↑

    %d bloggers like this: