Abu Bakar As-Siddiq RA berkata yang maksudnya:
“Orang yang kedekut itu tidak akan terlepas dari salah satu di antara tujuh perkara berikut:
1. Tatkala dia sudah meninggal dunia, hartanya diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya dan membelanjakannya untuk sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah.
2. Allah SWT akan menurunkan penguasa zalim yang akan merampas seluruh harta orang kedekut dan sebelumnya penguasa tersebut akan membuat orang kedekut itu rasa terhina.
3. Dia akan dikuasai oleh syahwat yang akan menghancurkan hartanya.
4. Akan muncul idea di dalam fikirannya untuk mendirikan bangunan-bangunan di wilayah-wilayah yang terkena bencana yang pada saatnya akan runtuh dan menghancurkan hartanya.
5. Dia akan ditimpa salah satu musibah dunia, seperti tenggelam, kebakaran atau kecurian.
6. Dia akan ditimpa pelbagai jenis penyakit kronik hingga dia menghabiskan hartanya untuk mengubati penyakitnya.
7. Dia akan memendam hartanya di suatu tempat, lalu lupa dan tidak boleh menemuinya semula.”
Leave a Reply