Bersempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2023, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Zayan FM mengadakan pertandingan Video Dakwah yang bertemakan:
“Kesejahteraan dan Kebajikan Warga Wilayah Persekutuan Diutamakan”.
- Syarat utama pertandingan ini ialah video tidak melebihi 3 minit dan bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan.
- Pertandingan terbuka kepada seluruh umat Islam berwarganegara Malaysia.
- Peserta perlu menghasilkan satu video mengikut kreativiti masing-masing dan dimuat naik ke dalam Instagram.
- Peserta perlu menanda video mereka nama akaun Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur iaitu @jamekmosque atau menggunakan tanda pagar #masjidjamek #jamekmosque.
- Tinggalkan butiran peribadi peserta seperti nama penuh di ruangan caption.
Pertandingan ini akan bermula pada 20 Januari 2023 (Jumaat) sehingga 5 Februari 2023 (Ahad). Pemilihan pemenang akan dipilih berdasarkan hasil video yang kreatif dan info ilmiah yang bersesuai dengan tema yang ditetapkan.
Hadiah Utama: RM800.00
Hadiah Kedua: RM500.00
Hadiah Ketiga: RM300.00
Selamat berkarya.
Leave a Reply