Bersedekah Bukan Sahaja Dengan Harta

Daripada Abu Dzar RA berkata, sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan hartanya. Nabi bersabda: ‘Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Sesungguhnya setiap kali tasbih (bacaan subhanallah) adalah sedekah, setiap kali tahmid (bacaan alhamdulillah) adalah sedekah, setiap kali tahlil (bacaan lailahaillallah) adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan jimak- nya salah seorang antara kamu juga adalah sedekah.’ Mereka bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi hajat syah- watnya berpahala?’ Rasulullah menjawab: ‘Menurutmu, bukankah jika dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, maka dia berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, dia mendapat pahala.

(Riwayat Muslim no. 1006)

Hadis ini membawa pengertian yang amat bernilai dalam urusan bersedekah.

Lazimnya ramai orang menilai bahawa orang yang kaya dan berharta sahaja yang boleh bersedekah. Sedangkan orang miskin tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah bersedekah ini. Sebenarnya anggapan ini salah.

Sedekah tidak dinilai dari segi pemberian kebendaan atau harta benda semata-mata.

Zikir Juga Sedekah

Mengucapkan “alhamdulillah” (tahmid), “subhanallah” (tasbih), “allahuakbar” (takbir), “lailahaillallah” (tahlil), “astaghfirullah” (istighfar), membaca al-Quran dan zikir lain-lain juga merupakan sedekah.

Amar Makruf, Nahi Mungkar Juga Sedekah

Menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar juga sedekah.

Jimak Juga Sedekah

Malah menyalurkan syahwat kepada yang halal seperti berjimak dengan isteri juga sedekah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah.”

(Riwayat Muslim daripada Jabir RA) 

Jadi, orang miskin tidak perlu cemburu apabila melihat orang kaya bersedekah harta kerana mereka juga boleh bersedekah dengan cara lain seperti di atas.

Para sahabat tidak cemburu pada harta orang kaya tetapi cemburu pada pahala dan ganjaran bersedekah.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap ruas tulang manusia (anggota badan manusia) wajib atasnya sedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Engkau mendamaikan dua orang (yang berkelahi) adalah sedekah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kaki yang kau hayunkan untuk solat adalah sedekah dan engkau membuang sesuatu yang menyusahkan orang di jalan juga adalah sedekah.”

(Riwayat Ahmad no. 8608)

Bersedekah ialah amalan untuk meraih ganjaran pahala daripada Allah SWT dan bukan untuk memperoleh sesuatu balasan daripada manusia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh burung, manusia atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya.”

(Riwayat al-Bukhari no. 2320)

Bahkan, jika tanam-tanaman dan buah-buahan yang berfaedah dimakan oleh binatang atau manusia hatta jika dicuri oleh manusia sekalipun tanpa pengetahuan tuannya, namun tuannya tetap mendapat pahala walaupun tiada dengan kasad atau niat.

Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: