Setiap amalan dan perbuatan mukmin itu harus diperindahkan dengan adab serta disulam dengan doa-doa yang baik agar amalan kita diterima oleh Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat apabila mengamalkan doa-doa ini, Insya Allah.
Doa Apabila Memasuki Masjid
أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّحِيمِ
“Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang Maha Mulia dan kekuasaan-Nya yang sedia ada daripada syaitan yang dilaknat.”
(Riwayat Abu Daud)
.بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لله
“Dengan nama Allah & dan segala puji kesempurnaan milik Allah.”
(Riwayat Ibn al-Sunni)
. اللَّهُمَّ صَلَّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Allah! Selawatlah yang berkekalan yang meratai ke atas Nabi Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga serta pengikut Nabi Muhammad SAW)“
(Riwayat Abu Daud)
.اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي، وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
“Wahai Allah! Ampunilah untukku segala dosaku dan bukakanlah bagiku segala pintu rahmat-Mu.”
(Riwayat Ibn al-Sunni dengan sanad yang lemah)
Jika pada hari Jumaat, hendaklah ditambah doa berikut ketika hendak memasuki masjid.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِن أَوْجَهِ مَنْ تَوَجَّهَ إِلَيْكَ، وَأَقْرَبِ مَنْ تَقَرَّبَ إِلَيْكَ، وَأَفْضَلِ مَنْ سَأَلَكَ وَرَغِبَ إِلَيْكَ
“Ya Allah! Jadikanlah aku daripada orang yang paling baik tawajuhnya kepada-Mu, orang yang terhampir yang mendekatkan diri kepada-Mu dan sebaik-baik orang yang memohon kepada-Mu dan cinta kepada-Mu.”
(Riwayat Ibn al-Sunni)
Doa Apabila Keluar dari Masjid
.اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ
“Ya Allah! Bukakanlah untukku segala pintu kurniaan-Mu.”
(Riwayat Ibn al-Sunni)
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ إِبْلِيسَ وَجُنُودِه
Kemudian, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada Iblis dan para tenteranya.”
(Riwayat Ibn al-Sunni)
Petikan daripada Kemuliaan Zikir karangan Imam Al-Suyuthi
Leave a Reply