Hadis Imam Nawawi: Amalan Yang Tertolak

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ؛ فَهُوَ رَدُّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan yang baharu (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.”

(Riwayat al-Bukhari no. 2697, Muslim no. 1718[17])

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا، فَهُوَ رَدُّ

Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang bukan berdasar- kan perintah Kami, dia tertolak.”

(Riwayat Imam Muslim)

Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam dan kalimah pendek yang penuh pengertian yang dikurniakan kepada Nabi SAW.

Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bidaah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli usul fiqah menjadikan hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan.

Makna Bidaah

Bidaah ialah perbuatan-perbuatan yang dinilai ibadah tetapi tidak bersumber daripada ajaran Islam dan tidak memiliki landasan yang jelas. Setiap per-buatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syarii ditolak daripada pelakunya.

Islam ialah agama yang berdasarkan ittibak (mengikuti berdasarkan dalil) dan bukan ibtidak (mengada-adakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah SAW telah berusaha menjaganya dari- pada sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan.

Agama Islam ialah agama yang sempurna dan tidak ada kurangnya.

Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang tidak merupakan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam sunah, maka tidak tercakup dalam larangan ini, seperti menulis al-Quran dalam mushaf walaupun Rasulullah tidak pernah menulis al-Quran.

Begitu juga membukukan pendapat para ahli fiqah yang bertaraf mujtahid yang menerangkan alasan-alasan masalah furuk daripada pokoknya, iaitu sabda Rasulullah SAW.

Demikian juga mengarang kitab-kitab nahu, ilmu perkiraan faraid, dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidaklah termasuk dalam ancaman hadis tersebut. Malah sebahagian ulama mengistilahkan ia sebagai bidaah hasanah (pembaharuan yang baik).

Pekerjaan yang berhubungan dengan kehidupan dunia seperti perniagaan, pertanian, ekonomi, perusahaan, teknologi dan sebagainya tidaklah termasuk dalam pengertian hadis ini.

Oleh itu, tidaklah dilarang mengadakan apa-apa cara atau peraturan baharu yang lebih sesuai dengan zaman kontemporari yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah selagi tidak ada keterangan daripada al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Sumber: Hadis 40 Imam Nawawi oleh Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: