Syirik merujuk kepada menyekutukan Allah dengan sesuatu atau lebih dalam apa juga bentuk, dan ia berlawanan dengan menyembah hanya Allah yang satu. Perbuatan mengadakan sekutu bagi Allah ialah salah satu dosa besar yang berbahaya bagi Islam itu melibatkan dirinya. Malah jika seseorang itu seorang mati di dalam keadaan begini, maka dia tidak akan diampunkan oleh Allah. Ya Allah, lindungilah kami dari segala jenis syirik. Amin.
Mengenai syirik Allah S.W.T. berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(An-Nisa’ 4:48)
Dia juga berfirman:
“… Sesungguhnya perbuatan syirik itu ialah satu kezaliman yang besar”
(Luqman 31:13)
Firman-Nya lagi:
“…bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka..”
(Al-Ma’idah 5:72)
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar?” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Sabda baginda: “Syirik kepada Allah dan…”
(Bukhari dan Muslim)
Bukti menunjukkan bahaya syirik daripada ayat Al-Quran dan Sunah yang sahih terlalu banyak, tetapi rujukan di atas sudah memadai. Syirik merupakan subjek yang luas yang mana orang Islam masih jahil mengenainya. Namun begitu, dosa besar yang Allah tidak akan ampuni ini harus diambil perhatian serius, kerana syaitan akan bekerja keras supaya kita hanya mempedulikan perkara-perkara kecil, sambil menganggap bahawa diri kita selamat, tetapi sebenarnya ia menyebabkan kita mengamalkan syirik.
Dengarlah apa yang Allah firmankan:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (laitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
(Al-Kahf 18:103-104)
Allah S.W.T. berfirman lagi:
..”Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut- pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.”
(Az-Zumar 39:65)
Munasabah jika kita simpulkan di sini bahawa melainkan kita sebagai seorang Muslim tahu dengan sejelas-jelasnya apa itu syirik, selagi itulah kita sangat mudah untuk menjadi mangsanya. Dan sekiranya kita telah melakukan syirik (semoga Allah melindungi kita darinya), maka berdasarkan kepada firman Allah di atas, yang sememangnya tidak ada lagi keraguan ke atasnya, segala amalan dan pekerjaan baik akan musnah dan kita terdiri daripada orang yang rugi, walaupun kita masih memikirkan bahawa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.
Wahai saudara-saudara ku, marilah kita memulakan lebih banyak usaha yang lebih ikhlas dan jujur untuk mendalami dan memahami agama kita, dan bukan hanya membuat andaian bahawa, kerana Allah itu Maha Pengampun, kita akan mendapat pengampunan-Nya. Kita juga mesti ingat bahawa Dia cepat dalam membuat pembalasan. Keampunan diusahakan untuk mendapatkannya, dan ia tidak diberi kepada seseorang hanya kerana dia mempunyai nama seorang Muslim, atau mengatakan bahawa dia seorang Muslim. Ia didapati melalui usaha.
Allah Yang Maha Besar berfirman:
“..dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, …”
(Ali Imran 3:133)
Syirik, dosa yang sangat berat ini, boleh dilakukan di dalam hati, dengan lidah atau anggota badan. Namun, kita akan membicarakan hanya aspek syirik melibatkan lidah sahaja.
Syirik yang Dilakukan Oleh Lidah
1. Berdoa kepada Selain Dari Allah.
Allah berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..”
(Ghaafir 40:60)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Doa itu ibadah..”
(Abu Dawud)
Disebabkan doa itu merupakan teras dan elemen utama ibadah, dan ia merupakan tindakan meminta pertolongan daripada kuasa ghaib, makaia mestilah secara langsung terus kepada Pencipta dan Penjaga, iaitu Allah S.W.T. Dan disebabkan ini jugalah, Allah memberi amaran:
“Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”
(Yunus 10:106)
Tetapi sebaliknya, kita biasa menjumpai umat Islam pergi mendapatkan orang yang kononnya mulia, berdoa kepadanya untuk mendapatkan apa yang mereka hajati. Dan juga kita biasa mendengar sesetengah orang Islam berdoa melalui atau menggunakan nama Nabi s.a.w., termasuk juga nama lain-lain alim ulama. Namun, walau dalam apa jua keadaan sekalipun semua doa mestilah terus kepada Allah satu-satunya. Dengan melakukan selain daripada itu akan menyebabkan syirik, jelas lagi nyata, bukan!
2. Kufur Nikmat: Kufur jelas dilihat di dalam ketidaksyukuran terhadap nikmat atau pertolongan Allah.
Allah berfirman:
“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah- limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang ingkar dan kufur.”
(An-Nahl 16:83)
Sepatutnya kita memuji Allah atas segala nikmat Allah Yang Maha Besar, kita sebaliknya menidakkannya dan kadang- kadang merasakan bahawa ia merupakan hasil daripada usaha tangan kita sendiri segala kejayaan yang telah diberikan Allah kepada kita. Sikap yang betul ialah dengan mengakui bahawa semua yang kita perolehi hanyalah daripada Allah, Yang Maha kita Berkuasa.Ini membuatkan lebih bersyukur kepada Allah. Ini akan menyebabkan kita menerima lebih banyak nikmat daripada Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi kamu sesungguhnya! jika bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, kufur ingkar kamu jika sesungguhnya azabku amatlah keras”.
(Ibrahim 14:7)
3. Berjumpa penilik nasib, bomoh, orang berkuasa psikik dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Siapa mendatangi tukang tenung, lalu dia menanya sesuatu kepada tukang tenung itu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”
(Muslim)
Ini merupakan balasannya kerana pergi kepada tukang tenung dan meminta pertolongan dia. Dan jika seorang Muslim itu percaya dengan apa yang diperkatakan oleh penilik nasib itu, maka dosanya lebih besar lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”
(Ahmad)
Hadis ini dengan jelas memaklumkan bahawa dengan mempercayai apa yang dikatakan oleh tukang tilik, bomoh atau dukun maka dia itu telah kufur.
Mereka ini yang pakar dalam pemalsuan telah menipu ramai orang, dan telah mengikis segala harta mereka. Tetapi masih ramai lagi umat Islam yang sering mengunjungi mereka. Semoga Allah memberi petunjuk dan melindungi kita daripada mereka yang mengamalkan kejahatan ini.
4. Bersumpah dengan yang lain daripada Allah
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ketahuilah, bahawa Allah melarang kamu bersumpah dengan nama bapa mu. Siapa yang hendak bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau diam saja (tidak bersumpah).”
(Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah lagi Hadis Rasulullah:
“Barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah maka ia benar-benar telah menyekutukanNya (syirik).”
(Ahmad, Tirmidhi & al-Hakim)
Bersumpah dibenarkan di dalam Islam, tetapi seseorang hanya boleh bersumpah dengan Allah. Jika dia bersumpah dengan yang lainnya, maka ia merupakan suatu aspek syirik. Bersumpah dengan bulan atau bintang atau apa-apa benda ciptaan-Nya ialah Haram. Allah boleh bersumpah dengan apa pun yang dikehendaki-Nya, tetapi kita hanya boleh bersumpah dengan-Nya. Amalan yang biasa diamalkan oleh orang Muslim yang bersumpah dengan Al-Quran ialah Bida’ah, dan tidak patut digalakkan. Apa yang lebih dahsyat ialah bersumpah dengan nama Allah dan dalam masa yang sama dengan sumpahnya seseorang itu berdusta.
5. Menafikan Nama atau sifat-sifat Allah atau Menukar Maksudnya yang Jelas.
Ini berlaku apabila seseorang menafikan mana-mana nama atau sifat Allah yang disahkan oleh Allah sendiri, atau yang telah disahkan oleh Rasulullah untuk Allah S.W.T. Sebagai contoh menafikan atau menimbulkan keraguan ke atas fakta bahawa Allah mempunyai dua tangan, duduk, atau Dia di atas langit dan ia merupakan suatu aspek syirik yang tergolong di dalam kategori ini. Penerangan yang menyeleweng tentang sifat- sifat Allah dilarang di dalam Islam.
Ketahuilah bahawa kepercayaan di dalam Ahlul-Sunah wal Jama’ah mengenai Nama-nama dan Sifat-sifat Allah ialah:
“Bahawa seorang Muslim wajib percaya kepada semua Nama-nama Allah dan semua Sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunah yang sahih. Mereka mesti menerimanya betul-betul dan bulat-bulat sebagaimana yang dinyatakan.”
Kenyataan di atas menuntut supaya:
a. Tidak cuba menerangkan di antaranya mana-mana dengan persamaan atau perumpamaan (contohnya bahawa Tangan Allah ialah seperti tangan manusia).
b. Tidak cuba menerangkan “Bagaimanakah ia” (dengan cubaan menerangkan, contohnya, bagaimana Allah berada atau duduk di atas Singgahsana-Nya. – ‘Allah istiwaa diatas ‘Arsy-Nya’).
c. Tidak mengishtiharkan ia sebagai bahasa kiasan dan bukan harfiah.
6. Mengkufuri Allah, Quran-Nya atau Rasul-Nya.
Satu lagi aspek kekufuran ialah dengan mengkufuri Allah, Rasul-Nya s.a.w., Al-Quran, Sunah Rasulullah, agama Islam, orang Muslim, para Malaikat dan seterusnya.
Ibnu Taimiyah berkata:
“Jika orang yang mengkufuri Tuhan itu seorang Muslim, maka dia telah menjadi kufur, maka dengan itu, dia haruslah dibunuh (oleh khalifah atau pemerintah). Ini merupakan konsesi dikalangan keempat-empat Imam.”
Allah S.W.T. berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.”
(Al-Ahzab 33:57)
7. Menafikan Qadar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya golongan Majusi dalam umatku ini adalah mereka yang mendustakan takdir Allah. Apabila mereka sakit, janganlah kamu menjenguk mereka, dan apabila mati janganlah kamu menghadiri jenazah mereka.”
(Ahmad)
8. Dilarang duduk bersama dengan mereka yang memberi tafsiran yang melencong atau salah tentang Al-Quran atau Islam.
Kejahatan ini sangat besar sehinggakan Allah S.W.T melarang orang Islam membenarkan diri mereka terdengar walau sekelumit perbualan mereka yang terlibat dengan penafsiran yang salah tentang Al-Quran dan Islam. Allah Yang Maha Besar berfirman:
“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek- ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama- sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).”
(Al-An’am 6:68)
Dan Allah S.W.T. berfirman lagi:
“Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia …“
(Al-An’am 6:70)
Allah S.W.T. berfirman:
“dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu:
(An-Nisa’ 4:140)
apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.”
Di dalam tafsirnya Imam Al-Qurtubi menerangkan bahawa ulama Islam telah berijtimak bahawa dilarang bagi sesiapa untuk bersama-sama dengan puak ini (orang-orang yang berdosa), semasa mereka melakukan dosa ini, atau mereka yang terlibat dengan Bida’ah, atau sesiapa yang melencongkan ajaran Islam. (Al-Qurtubi Vol. 5 ms. 268).
Sumber: Kejahatan Lidah, Terjemahan Nor Aini Ismam
Leave a Reply