Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada empat permata pada tubuh anak Adam yang boleh hilang dengan empat perkara buruk. Keempat-empat permata tersebut ialah: Akal, agama, rasa malu dan amal soleh.’
Kemarahan boleh menghilangkan akal. Sifat dengki boleh menghilangkan agama. Sifat rakus boleh menghilangkan rasa malu. Ghibah boleh menghilangkan amal soleh.”
Akal merupakan permata rohani ciptaan Allah SWT yang melekat pada diri manusia. Dengan akal, dia boleh membezakan akan menafikan hak antara yang haq dan batil. Agama merupakan suatu tatanan nilai dan ajaran yang menyeru kepada orang yang berakal untuk patuh kepada apa yang telah didakwakan oleh Rasulullah SAW.
Mengenai masalah marah, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Mu’awiyah, hindarilah marah kerana marah boleh merosak iman, sebagaimana pahitnya buah shabir yang boleh merosak manisnya madu.”
(HR. Al-Baihaqi)
Berkaitan dengan hasad, Rasulullah SAW bersabda:
“Hindarilah hasad sebab hasad itu boleh menghapus pahala kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu.”
(HR. Abu Daud)
Seorang penyair mengatakan:
“Katakan kepada orang yang selalu dengki kepadaku
Tahukah kamu kepada siapakah kamu melakukan kejahatan?
Kamu melakukan kejahatan kepada Allah atas ketentuan-Nya
Jika kamu tidak rela dengan apa yang sudah diberikan kepadaku
Tuhan membalas kedengkianmu dengan menambah nikmat kepadaku
Lalu, menutup semua pintu permohonanmu.”
Ghibah ialah menceritakan tentang keburukan yang ada pada diri orang lain tanpa pengetahuannya. Sementara itu, jika keburukan yang dibicarakan itu tidak ada pada diri orang yang diumpat, ia merupakan dusta.
Jika keburukan tersebut diucapkan terus di hadapan orang yang berkaitan, ia disebut sebagai caci-maki.
Sumber: Nashaihul ‘Ibad
Leave a Reply