Dosa Besar
Ia merupakan dosa besar dalam agama Islam, dan orang yang tidak meninggalkannya dan bertaubat, akan dibalas dengan seksaan yang sungguh berat di alam kubur.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“..Pada malam aku dibawa pergi (ke Baitul Maqdis dan naik ke langit) aku melihat satu kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka (yang panjang dan berkilat). Apabila aku bertanya kepada Jibril tentang mereka, Jibril berkata bahawa itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang lain..”
(Ibnu Abi Duniya – Kitab Al-Ghiba wan Nameemah)
Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan dan berkata:
“Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, “Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
(Al-Bukhari)
Allah Akan Mendedahkan Kejahatan
Barangsiapa yang mengumpat atau menfitnah, Allah S.W.T. berjanji akan mendedahkan kejahatan mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Ibnu Abi Dniya – Kitab Al-Ghiba wan Nameemah)
Sumber: Kejahatan Lidah, Terjemahan oleh: Nor Aini Ismam
Leave a Reply